Friday, December 12, 2014

APAKAH DUIT INI DI CARI JUGAK???


Flood Entry plak mak pepagi gini ye nak....hahhahahhaa...okey2 so posting duit apa plak now...??? Duit 1 ringgit Australia....pak encik kata duit ni di cari..ada harga jugak pak encik kata maybe tak mahal sgt ..tapi tgok luck..kdg ada pembida yg gila..dia boleh bid dgn harga tinggi..alah kalau hati dah suka...sorry guys aq tak sempat nak dpt kan info details dari pak encik sbb dia dh hanyut di lautan sepi.... ZZzzzzZZZZ....tapi sbb aq banyak masa lapang aq updated dulu mana yg sempat utk tatapan korang...just tatap je tau....tau........klo korang ada pendapat or pengetahun just komen je ok.....kita leh tukau2 pandangan.....







5 SEN PENANG BRIDGE IMPIAN MASA DEPAN

Morningggggggggggggggggggg!!!! panjang kan morning??

Okey jeng jeng jeng ..tengok apa hasil kutipan aq dgn pak encik ...tahniah buat pak encik sbb dengan jaya nya dapat menjejal duit paling org takde hahaha...bukan takde ada tapi jatuh kat tangan org tak minat numis ni so dorang mana check.... tapi takpe ..aq nak bagi tau atlast dapatttttttttt.... 5 SEN PENANG BRIDGE .... YEAHHH!!! KO HADO??? 

Aq pun kompom tak kompom ...pak encik dh try tanya encik GOOGLE pun GAGAL...sbb takde org yang dpt beri contoh mcm mana penang bridge ni tapi mmg ujud lah simptom duit mcm ni...last aq low profile kan diri post dkt page fb RARE NUMIS encik Tuan tanah bagitahu ..ini nama manja nya PENANG BRIDGE......yesssssssssssss!!!!yessssssssssssss!!!!
Walau nampak jugak ada kelibat org tak bape puas hati..dia ckp duit ni takde harga...takpe...takpe...nnti ada lah harga tu..org tak boleh nk set harga sbb benda takde...so now...korang boleh imagine tak apa aq imagine....hepppppppppppppp!!!!!!!!!!!! hepppppppppp!!!! WHO WANT TO BUY PLEASE CALL ME OK...hhahahaahhaa..... 

OK SEMPENA NAK BAGI KORANG SAKIT HATI LEBIH MENDALAM PEPAGI NI....JENG JENG JENG MEMPERSEMBAH KAN .... 5 SEN PENANG BRIDGE.....








RM2 AHMAD DON


Actually duit ni ada lah sekeping..aq dh simpan lama sbb aq tau mmg susah sgt dh di kala tahun 2014 ni nk dpt duit ni kan... nak plak signature AHMAD DON ... so dlm hati terdetik gak nk lego...hehhehehhehe..tp masih dlm pertimbangan ...kalo ada yg offer harga baikkkkkkk punyerrrrrr!!!!! boleh lah ....hahahhahahaha...utk malam dh ke pagi ni aq wat tayangan amal je kat korang........okeyyyy!!!!!











HARGA SYILING YG ADA NILAI

Kalau kita ada duit syiling apa kata sebelum kita guna pakai kita check dulu mana tau ada harga yg boleh kita ganda kan nilai nya berganda-ganda..so disini aq ada dpt satu flayers yg beliau mmg seorang pemburu duit duit bernilai...so apa lagi kengkawan sila check syiling anda sekarang mana tau ada harga ..okeyyyy!!!


MAI DAH..MAI DAH KAD AHLI PENSTAR HOYEHHHH!!

Sorry lambat undated hari ni...mmg banyak sgt nak post entry hari ni .. Paling aq tak sabar nak show off kat korang ..yeayyyyyyyyyyyyyyy aq dh dapat card penstar aq...so aq boleh eksi sikit HAHAHHAHAHAAH!!!! amekaw aq gelak besar....!!!!

NAh aq present ....jeng jeng jeng my card dah sampai di tangan dengan success nyeeeee..uwekkkkkkkk!!!!! korang yg otai2 dh tak bape boleh nak buli aq yg nubis ni .... sebelum ni bila aq post je duit2 aq kat page2 penstar ...dorang anjing2 kan aq...dorang ckp mana card ahli?? mana???mana???ada kaaaa??ada ka?? expecially yg berlagak ni org otai2 la.....ada jugak yg ok... tapi seyes ckp ... org bangsa M ni agak berlagak sikit bila deme tau...dorang lepas tu mula lah tayang2 gak koleksi duit dorang ..yg lagi sakit hati dorang selalu sekolah kan org mcm nk jatuh kan airmuka org n paling aq tak suka dorang suka post koleksi dorang kat posting kita...so now korang tau kenapa aq buat blog kan ??? hehhehehehe.........so now card combi dh dpt na...angpa jgn dok buat leceyyy!!!

KAU HADOOO???? HAHAHHAHA BERLAGAK SIKIT HAHAHHAA...


Actually ni bukan minat aq...mcm mana aq boleh terjebak?? ni hobi pak encik aq...encik Muhd Haiqal...dia yg minat n study sgt tentang numis ni...alaaa da bukan lah keje bank ke apa..dia musician je..... dia pun baru je terjebak ..terjebak start bila aq mula kutip simpan duit ..menabung duit2...so dia tgok mcm banyak n tetibe dia ada idea nk jadi kan benda ni hobi.....lepas tu bab blog n posting2 ni mmg aq yg lagi pakar....layan blog .dia tak bape sgt nk handle...so secara tak langsung terjebak la jugak...last dgn aq sekali layan numis....org kata sejiwa kena lah suka apa yg org kita syg suka...cewahhhhhhhhh!!! hahahhahaha..... atlist kita takkan boring n ketinggalan...... the next step in shaa allah kalo ada lebih..menjadi hobi pak encik aq ni..aq nk jalan kan hobi aq lak....

PSSTTTTT!!!! aq plak minat GOLD hhahahahahaa.... demand lagi ...hahhahaha mmg minat GOLD n FOREX dh lama....aq minat mcm tu plak..... in shaa allah aq akan usaha jadi kan minat n hobi kami berdua berbaloi..bernilai dan berfaedah..... okeyyy!! stop dulu..aq banyak lagi keje ..lepas ni ada nk post lagi..korang follow je ok...hehehhehe....

Thursday, December 11, 2014

MENCARI EXTRA DOT 5 SEN 1982 PARLIMEN






















NILAI DUIT SYILING 5 SEN MENGIKUT TAHUN

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada 12 Januari 2014.

Ramai orang yang tidak ambil peduli berkenaan duit syiling 5 sen, walhal ada dari syiling tersebut yang bernilai lebih tinggi daripada nilai mukanya. Ramai kolektor mencari syiling 5 sen untuk tahun 1971, 1977, 1997 dan juga 2004. Namun, kebanyakan mereka mencari syiling yang mempunyai kondisi yang lebih tinggi dari Very Fine sebab ianya masih lagi boleh ditemui pada ketika ini.

malaysia

Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 10 sen Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book

Saya minta, jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

Harga duit syiling 5 sen Parlimen:
1967 ------>Harga VF=RM1
1968 ------>Harga VF=RM1
1971 ------>Harga VF=RM4
1973 ------>Harga VF=FV
1976 ------>Harga VF=FV
1977 ------>Harga VF=RM4
1978 ------>Harga VF=FV
1979 ------>Harga VF=RM0.50
1980 ------>Harga VF=RM0.50
1981 ------>Harga VF=FV
1982 ------>Harga VF=FV
1982 -extra dot----->Harga VF=RM120
1985 ------>Harga VF=RM3
1987 ------>Harga VF=RM3
1988 ------>Harga VF=RM2
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 5 sen Parlimen.
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Harga duit syiling 5 sen Bunga Raya:
1989 ------>Harga VF=RM3
1990 ------>Harga VF=FV
1991 ------>Harga VF=FV
1992 ------>Harga VF=FV
1993 ------>Harga VF=FV
1994 ------>Harga VF=FV
1995 ------>Harga VF=FV
1996 ------>Harga VF=FV
1997 ------>Harga VF=RM4
1998 ------>Harga VF=FV
1999 ------>Harga VF=FV
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2003 ------>Harga VF=FV
2004 ------>Harga VF=RM3
2005 ------>Harga VF=FV
2006 ------>Harga VF=FV
2007 ------>Harga VF=FV
2008 ------>Harga VF=FV
2009 ------>Harga VF=FV
2010 ------>Harga VF=FV
2011 ------>Harga VF=FV
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 5 sen Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. VF bermaksud kondisi Very Fine. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. Perkataan "Rare" yang digunakan di dalam artikel ini bukanlah bermaksud rare yang digunakan oleh pengumpul duit lama tetapi lebih kepada "syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama


Wednesday, December 10, 2014

HARGA DUIT SYILING 50 SEN MENGIKUT TAHUN

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada 12 Januari 2014.


Di penghujung tahun 2013, kita dikejutkan dengan keputusan lelongan untuk duit syiling 50 sen 1969 yang mencecah sehingga RM2800 sekeping. Ramai daripada collector terkejut kerana syiling 50 sen itu adalah bersisi sekuriti dan bukannya Milled Edge.




Kemudian, sekali lagi kita dikejutkan dengan harga syiling 50 sen 1969 yang terjual melebihi RM10,253. Berita mengenai jualan syiling 50 sen yang mencecah lima angka itu tersebar dengan cepatnya di social media. Bukan collector sibuk mencari duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 mereka dan menghubungi hampir kesemua dealer di Malaysia, berharap yang syiling mereka juga akan dibeli dengan harga RM10,000. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu yang syiling tersebut adalah syiling rare Milled edge, bukannya syiling 50 sen berparit/terbelah tepi. 

Berita lelongan itu sedikit sebanyak merubah harga duit syiling Malaysia terutamanya yang mempunyai gred yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, harga duit syiling Malaysia pada kualiti yang lebih rendah tidak banyak berubah. Harga duit syiling Milled edge juga semakin meningkat dan tidak ramai yang mahu menjual duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 Milled Edge mereka. Harga yang tinggi juga mengundang duit syiling Milled edge palsu yang dibuat menggunakan duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 Sekuriti Edge.


Duit syiling 50 sen tahun 1969, 1971, 1979, 1985, 1986, 1987, 1989, 1993, 1994, 1995 dan 1996 adalah di antara syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama. Duit syiling 50 sen juga ada yang mempunyai extra dot untuk tahun 1979 dan juga 1988. Tidak juga lupa, syiling "Milled Edge" yang mempunyai harga sangat tinggi daripada syiling-syiling yang lain untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Ramai bukan kolektor yang silap faham, mereka ingatkan duit syiling 50 sen berparit atau belah tepi yang mempunyai harga tinggi dipasaran, sebenarnya pengumpul duit lama mencari duit 50 sen milled edge ini. Harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sekeping kerana agak sukar untuk menemuinya.


Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 50 sen Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book




Senarai Tahun Keluaran Duit 50 sen Parlimen:
1967 ------>Harga VF=RM3
1968 ------>Harga VF=RM3
1969 ------->Harga VF=RM30
1971 ------>Harga VF=RM6
1973 ------>Harga VF=FV
1977 ------>Harga VF=RM4
1978 ------>Harga VF=RM4
1979 ------>Harga VF=RM8
1979 -Extra dot ------>Harga VF=RM45
1980 ------>Harga VF=RM3
1981 ------>Harga VF=RM3
1982 ------>Harga VF=RM3
1983 ------>Harga VF=RM6
1984 ------>Harga VF=RM6
1985 ------>Harga VF=RM6
1986 ------>Harga VF=RM6
1987 ------>Harga VF=RM6
1988 ------>Harga VF=RM2
1988 -Extra dot ------>Harga VF=RM30

Harga 50 sen Parlimen Milled Edge:
1967 ------>Harga VF=RM1800
1968 ------>Harga VF=RM1800
1969 ------>Harga VF=RM3000

Senarai Tahun Keluaran Duit 50 sen Bunga Raya:
1989 ------>Harga VF=RM10
1990 ------>Harga VF=RM1
1991 ------>Harga VF=RM1
1992 ------>Harga VF=RM3
1993 ------>Harga VF=RM8
1994 ------>Harga VF=RM10
1995 ------->Harga VF=RM30
1996 ------>Harga VF=RM8
1997 ------>Harga VF=RM3
1998 ------>Harga VF=FV
1999 ------>Harga VF=RM3
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2003 ------>Harga VF=FV
2004 ------>Harga VF=FV
2005 ------>Harga VF=FV
2006 -(tidak pernah ditemui lagi)
2007 ------>Harga VF=FV
2008 ------>Harga VF=FV
2009 ------>Harga VF=FV
2010 ------>Harga VF=FV
2011 ------>Harga VF=FV

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 50 sen Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. 




50SEN 1976 LUAR BIASA

50sen 1976Tidak dikeluarkan oleh Bank Negara MalaysiaTempaan Palsu di ThailandBerat 7.54gramSaiz  25.5mm diameterTebal 3mmMilled EdgeKandungan logam AloyKondisi masih elokKejarangan jumpa amat susahNilaian Numismati tidak berhargaHarga semasa  Rm300

50SEN 1976 LUARBIASA
V1 dan  V2

REVERSE


Reverse
2 keping Syiling 50se 1976
Syiling Luarbiasa
V1 dan V2

Reverse
Syiling 50sen 1976
Versi 1 Kiri  &  Versi 2 kanan


\
Reverse
Sebagai perbandingan
Atas syiling 50sen 1976 Palsu V1 & V2
Dan bawah Syiling BNM 1987

     
VERSI 1 50 SEN 1971


Reverse
VERSI 1
Die angka 1976 agak halus
Berlaku juga Die Crack seperti tandaan anak panah





Reverse V1
Tempaan dari Die angka 1976 yang halus

VERSI 2
Reverse
VERSI 2
Tempaan Die angka 1976 gemuk
Terdapat Die Crack tandaan anak panah

Reverse V2
Tempaan Die angka 1976 gemuk



EDGE
Sebagai Perbandingan Edge
2 keping atas 50sen 1976 Palsu V1 &V2


EGDE
Milled Egde
50sen 1976
V1 & V2


Nota***
UNTUK KAJIAN DAN PERBANDINGAN

my rm 1 ... 888 ... 9999 my collection






HASIL DARI MENIMBA IKAN DI BARUH ..HHEHHEH




TABUNG HARI RAYA

SECOND ENTRY TODAY.......



Aq nak story pasal kemudahan nya bila kita mengumpul duit raya bermula awal.... aq pun baru je mula kan cara ini .... sbb kan aq berdua dgn pak encik ... aq simpan satu har rm2 ... so satu ringgit pak encik dan satu ringgit aq..aq start seawal bulan september tahun ini .... mean lepas raya hari tu...raya yg lepas tak start lagi sbb belum terpikir cara ni hehhehe..... so ikut kiraan aq sampai tahun depan punya raya kalo aq menyimpan 2 hengget sehari ada lah dlm rm600 so aq tak yah penin2 nak karau duit lagi kat memana.....hehhehe...cukup lah rm300 pak encik ..aq lak rm300 .... lepas lah duit beli baju2 make up..minyak wangi bagai hehehhehe...... sbb skrg ni ekonomi tak bape bagus..... tapi kata lah sebelum raya tetibe nak guna duit emegency pun tak pening......ini kira citer duit raya tau...hehhehehe


tak payah sesusah nak kuar modal beli tabung ayam ke apa... satu bulan satu botol mineral...korang tulis lah botol bulan ni bulan apa...so banyak lah botol korang nnti kikiki...selamat try geng   

SUKA MENABUNG

Assalammualaikum.....

Ini Blog menunjuk kan minat aq ....

1st minat memang suka menabung...daripada menabung mula kumpul duit2 rare mcm tu tapi belum ada kesempatan nak menjual hasil hobi aq mengumpul duit....

Dari kecik mmg aq suka kutip duit syiling expecially nya..so now aq start balik tabiat aq mengutip duit..hehhehhehe... nak plak hari2 aq ikut pak encik aq bekerja....so mudah dpt mcm2 duit..kena naseb baik aq boleh dpt syiling dan duit dari negara lain..nanti aq share dgn korang pic2 duit aq ok.... so ni post entry permulaan aq... rajin2 lah korang follow entry hobi aq ni..... hehehhhe.. mana tau ada salah satu koleksi aq mmg korang dok cari kikiki....jgn segan2 jadi followers aq ok.....






SALAH SATU CARA MENABUNG YANG MUDAH .....TRY OK





DUIT SYILING AQ BILA DAH BANYAK AQ BUNGKUS BUNDLE2... KIKIKI